Friday, July 20, 2012

Salam ramadhan :)




Assalamualaikum

Malam ini merupakan malam pertama kita berterawih. Ehem jangan ponteng ponteng pulak. Bersyukur la kepada ALLAH taala kerana kita masih dipanjangkan umur berjumpa dengan ramadhan tahun ini. Apa pun, ayuhlah kita menjadikan ramadhan kali ini ramadhan yang penuh bermakna untuk diri kita sendiri.

Saya memohon maaf kepada semua kenalan saya terutama pembaca blog ini. Andai ada tersalah tulis atau menyinggung hati mana mana pihak selama ini, ampunkan saya. Tapi yang paling penting, kita harus meminta maaf kepada kedua ibu bapa kita kerana :

  Malaikat jibril pernah mendoakan, sesiapa yang tidak meminta maaf kepada kedua ibu bapa sebelum bermulanya ramadhan, maka allah akan abaikan puasa mereka dan nabi Muhammad S.A.W mengaminkan doa tersebut.


seperti doa di bawah ini :


" Doa Malaikat Zibril Menjelang Ramadhan "

"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan jika dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: 

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.



Lihat, betapa pentingnya kemaafan daripada kedua ibu bapa kita. Saya sudah, anda bagaimana? Okaylah, selamat menyambut ramadhan yang penuh keberkatan. Sambut ramadhan bukan dengan ucapan tetapi perbanyakkan amalan. Pesanan untuk diri sendiri juga :)


Okaylah. Papai ! :D

2 comments:

Cik Rongoks said...

selamat berpuasa lieyda ! ^^
jom g terawih :)

Lieyda said...

jom jom :)