Wednesday, May 16, 2012

Solidariti Buat Palestin


Assalamualaikum.



Sehari dua ni heboh berkenaan solidariti untuk Palestin. Bagi yang masih tidak tahu, tujuan solidariti ini adalah untuk memperjuangkan tahanan tahanan palentin yang berada di Israel. Mereka menuntut hak lawatan, hak pendidikan dan hak hak lain yang diisytiharkan oleh undang undang antarabangsa.

Mungkin ada yang beranggapan kita tak mampu membebaskan mereka yang ditahan, tapi dengan menukar default picture ( DP ) secara beramai ramai, ini menunjukkan secara tidak langsung, kita menyokong tahanan tahanan Palestin menuntut hak hak mereka. Bukan untuk tempoh yang lama, hanya sementara cuma.

Kita tidak mampu untuk mengangkat senjata untuk pergi berjihad bersama sama mereka, jadi ayuhla kita menyumbangkan bantuan kepada mereka dengan apa yang termampu oleh kita. Semoga ALLAH memberkati dan memberi ganjaran terhadap usaha dan niat murni kita ini.

Fight for Palestine. Fight for ISLAM.

No comments: