Monday, May 28, 2012

Sahabat


Ehem..

Saya sebenarnya baru pulang dari camp team building, untuk kelab sebenarnya. Walaupun bukan kelab kos saya tapi entah kenapa terbuka hati saya nak join camp tersebut. Yela, saya kan suka outdoor aktiviti, haruslaaa join aktiviti-aktiviti seperti itu.

Eh bukan perkara tersebut yang mahu dibincangkan disini, tapi perkara lain. Kat camp tersebut selalu saja berbicara tentang sahabat, apa makna sahabat, sahabat yang bagaiman kita mahukan dan macam-macam lagi. Dari camp tersebut, saya menimba banyak ilmu dan for sure, dapat kawan baru walaupun hampir 98% terdiri daripada senior.

*Oh abaikan bahasa baku saya*

Sahabat bagi saya seorang yang sanggup bersusah senang bersama, at least dia tau bila saya ada masalah dan dia tau bila saya memerlukannya. Seorang sahabat jugak bukanlah seorang yang bertalam dua muka, bukan seorang pengumpat *nak gosip sikit-sikit tu bolehla :D * dan paling penting, dia memahami saya.

Sahabat jugak bagi keluarga kedua saya selepas keluarga saya sendiri. Pernah suatu hari kawan saya bagitau saya yang saya boleh hidup hanya dengan sahabat-sahabat saya? Kenapa? Sebab sememangnya saya suka berkawan. Untuk apa sombong? Tiada untungnya berbuat demikian.

Saya selalu memcuba sehabis baik saya untuk menjadi seorang sahabat yang baik kepada orang lain. Bukan saya nakkan balasan tapi saya cuma nak penghargaan sebagai seorang sahabat sahaja. Hargai saya sebagai sahabat anda. Wang ringgit bukan masalahnya bagi saya. Bukan nak riak tapi entahlaa, apa yang saya perlukan hargai saya ketika saya masih menjadi sahabat anda.

Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Saya nak seseorang yang bukan hanya berkawan dengan saya masa dia kesusahan sahaja, maksud saya bukan untuk mempergunakan saya tapi saya nak seseorang yang boleh membantu saya ketika saya kesusahan. Kalau setakat berkawan hanya kerana seseorang itu ada aset rasanya tak layak untuk dipanggil sahabat. Ye tak?

Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)

Contohnya la kan. " aku berkawan dengan dengan si A tu sebab dia ada kereta jee, kalau tak haram aku nak kawan dengan dia". Tu bukan berkawan, tu mempergunakan kawan namanya. Kenapa tak boleh ikhlas dalam berkawan?

Tepuk dada tanya iman.

Bercakap tentang kawan hanya membuatkan saya sedih. Bukan saya nak kata semua kawan saya macam tu, tapi ada la segelintir daripada mereka berkawan hanya kerana sesuatu perkara. Tapi takpe, ALLAH maha kaya, maha adil, DIA akan membalas setiap perbuatan dengan seadil-adilnya.


Ali bin Abi Thalib r.a. berkata,

“Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”

4 comments:

eintan nurfuzie said...

mencari kawan sesusah dan sesenag bukn mudah
Pencarian cik en dan blog-bloglist geng cik en
Daging yang dimakan hari hari boleh membunuh manusia ??!
nangis dalam euro wheel station 18 ipoh

iZ said...

syok kan bila kita tau dan sedar,
dalam hidup ini,
kita sebenarnya punya 'sahabat'.. =)

reenapple said...

kawan ketika gembira tak terbilang, tapi ketika sedih? boleh dibilang dengan jari. Itulah kawan sejati. =_)

akmal said...

sahabat boleh buat diri kita heppi sentiasa :)