Saturday, April 28, 2012

Habis sudaaaaa :'(


Maka berakhir sudaaa cuti midsem kami student UiTM. HUKHUK. Sangat sadis. Rasa cuti itu sebentar cuma, tidak sempat dinikmati sepenuhnya. Oh tapi cuti kali ini agak best disebabkan KETIADAAN assignments. Memang kali ini cuti sesungguhnya cuti, hanya untuk mereleasekan tension semata-mata.

Terima kasih kepada para lecturers yang memahami kami semua. Kami sangat sukakan lectures sem ini. Sangat understanding dan tidak cerewet seperti sem lepas. HIHI.

Maka esok, bermulalah sekali lagi tanggungjawab sebagai seorang student. Ada satu sabjek kira-kira yang saya tak boleh catch up. Oh tuhan, tolong hamba mu ini. Ku tidak mahu merepeat paper. Sesungguhnya saya mahu grad on time tapi bila ada saja sabjek kira-kira, harapan untuk grad on time itu seperti terkubur.



Jadikan saya seorang yang sukakan math plisss :'(

Haish. Kenapa la saya tak boleh catch up sabjek tersebut. Sangat susah. Seperti Addmath you know. Ya Allah, permudahkan aku untuk menerima segala ajaran yang diberi oleh guru ku dan rakan-rakan ku. Lapangkan dada ku semasa menerima ilmu Ya Allah.

Oh tajuk di atas sangat tidak berkait dengan isi karangan saya pada hari ini. Kalau cikgu kasi markah rasa saya dah dapat kosong sebab terpesong dari tajuk yang dikehendaki. Oh takpe la, lagipun tiada siapa yang membaca tulisan tintaku ini.

Sekian terima kasih.

1 comment:

chemay said...

chemay minat math.
tp tak pandai2 jugak dalam subjek tu.
pelikkk
T___T