Monday, August 15, 2011

Segmen : Warna Warni Hari Raya

Hye dear :)


Ye, ini entry ke-3 untuk petang ini. Hikhik. Kali ni saya nak join segmen Anis Adila Aris . Jom la kita sama-sama join segmen dia. Nampak macam best je. Tak susah pun. Dia suruh cite pasal raya yang bakal tiba ni.

Ahaaa. Nak cite ape ye. Sori la Anis. Saya takde cite menarik. Baju raya still tak berjahit lagi. Eh ada, sepasang je yang sempat jahit, yang lain sori to say, masih didalam plastik seperti hari pertama kain dibeli. So sad. Sadis betol.

Kasut raya takde la kot. Hari tu nak pergi beli tapi nampak macam kebudak-budakan la pulak ye. Takkan semua nak baru. Hikhik. Tapi kena beli jugak sebab takde la sandal untuk dipakai. Sekarang kalau pergi kemana-mana lebih selesa berselipar jepun.

Ehem -ehem tapi bukan yang rege 2 3 hengget tu la ye. Hehe. Biskut raya? Nampaknya tahun ni biskut tunjuk je la. Tak sempat buat. Bukan tak sempat tapi malas sebenarnya. Tak sabarnya nak tunggu raya, nak melantak habes-habesan.

Sekian terima kasih. Kalau nak join klik sini !

Oke la ye. Papai ! :D