Tuesday, August 30, 2011

(Eksklusif) Laporan Penuh Jais Berhubung Serbuan Gereja


sophia murtad (Eksklusif) Laporan Penuh Jais Berhubung Serbuan Gereja

Tempohari, kami telah menyiarkan sedutan video mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) ke atas gereja.Dan pada hari ini, kami menyiarkan pula laporan penuh JAIS berhubung insiden tersebut.
LAPORAN OPS AKIDAH di GEREJA
1. PENDAHALUAN
Laporan ini disediakan untuk memberi penjelasan berhubung operasi pemeriksaan orang Islam oleh Bahagian Pengutkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor di Kompleks Dream Center, sebuah kompleks yang disyaki beroperasi sebagai pusat komuniti dna gereja yang dijalankan pada 3 Ogos 2011 bersamaan 3 Ramadhan 1432 H beralamat di Dewan 3, Dream Center, Jalan 13/1, Seksyen 13, 46700 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
2. LATAR BELAKANG

2.1 Pemeriksaan dibuat berdasarkan maklumat yang mendakwa berkalkunya jemputan beberapa orang Islam ke Majlis berbuka puasa di gereja yang dinamakan “THanksgivng DInner” sepertimana alamat di atas.
2.2 Tindakan dibuat berdasarka peruntukan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) tahun 1995 iaitu Menghina atau mempersendakan ibadat Agama Islam di kalangan penganut Agama Islam sendiri.
2.3 Siasatan susulan juga akan dibuat mengikut peruntukan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalanagn Orang Islam) Negeri Selangor Tahun 1988 yang berkuatkuasa ke atas orang bukan Islam dan orang Islam.
aki bertujuan meraikan kemasukan sebahagian orang-orang Islam itu ke agama Kristian sambil menghina dan mempersendakan agama Islam kononnya sebagai Majlis Berbuka Puasa dengan melibatkan orang ISlam sendiri.
2.4 Program Thanksgiving Dinner ini diy
2.5 Operasi ini disertai oleh 13 Pegawai Pengutkuasa Agama Jabatan Agama Islam Selangor dan dibantu oleh sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) seramai 20 orang dari IPD Petaling Jaya dan SEA PArk.
3. PELAKSANAAN OPERASI
3.1 Taklimat Operasi telah diberi di Bilik Gerakan Penguatkuasaan JAIS lebih kurang jam 8:40 malam.
3.2 JAIS seterusnya bergerak ke lokasi berkumpul di Balai Polis Daerah PEtaling Jaya dan taklimat kepada anggota PDRM telah diberikan sebelum ke lokasi sasaran.
3.3 Lebih kurang jam 9:20 malam, anggota terlibat telah bergerak ke lokasi sasaran dan tiba lebih urang jam 9:30 malam.
oleh pengawal keselamatan yang bertugas di pondok pengawal.
3.4 Tiba di lokasi, didapati kompleks tersebut lebih berbentuk kom0leks komuniti yang diletakkan tanda namaDream Center secara menarik, manakala perkataan Damansara Utama Methodist Church lebih kecil dan kabur pada waktu malam. Keadaan di kawasan tersebut tenang dan pasukan peguatkuasa dan anggota PDRM terus ke tempat yang disyaki iaitu Dewan 3 tanpa disekat 
3.5 Di dapati juga tempat yang tertulis auditorium dan penunjuk arah yang tercatat program Thanksgiving di Hall 3. Pintu Dewan 3 itu dihiasi bunga manggar tetapi tertutup dan lebih kurang jam 9:45 malam, beberapa orang dari pasukan penguatkuasa memasuki ke dewan 3 tersebut tanpa halangan dan berdiri berhempiran pintu masuk dewan berkenaan sambl membuat pemerhatian untuk memastikan sama ada terdapat orang Islam hadir dalam majlis tersebut.
3.6 Dianggarkan lebih kurang 100 orang yang terdiri dari berbagai-bagai bangsa termasuk yang disyaki berbangsa Melayu berada dalam majlis tersebut sedang mengdengar seorang sedang berucap (testimony) tentang dirinya yang pernah dibesarkan sebagai orang Islam.

3.7 Setelah membuat pemerhatian semalam beberapa minit, kami seterusnya didatangi oleh wanita yang tertulis nama di tag bajunya “Sofea” dan bertanyakan hal kedatangan kami. Kami mengadakan perbincangan di luar dewan tersebut dan membiarkan program yang sedang berjalan itu diteruskan.

3.8 Anggota PDRM dan JAIS yang telah masuk dewan tersebut diminta keluar sambil diberi arahan untuk menghormati majlis tersebut kerana dihadhiri oleh beberapa orang kenamaan dari dalam dan luar. Selain itu, mereka menyatakan bahawa tempat tersebut adalah tempat persendirian dan mereka mempunyai hak ke atas kawasan tersebut.
kuasa Penguatkuasa JAIS untuk memeriksa tempat persendirian. Mereka juga berjhujah bahawa mereka berhak menggunakan kalimah suci Allah dalam program Thanksgiving Dinner itu kerana tidak dilarang oleh kerajaan dan undang-undang kawalan sekatan Agama Bukan Islan tidak berkuatkuasa ke atas mereka. Kami jelaskan  undang-undang telah berkuatkuasa dan mereka telah melakukan kesalahan jika terdapat orang Islam dalam dewan berkenaan.

3.9 Kami menjelaskan tujuan pemeriksaan dibuat untuk memastikan sama ada terdapat orang Islam yang hadhir, namun Sofea dan seorang “tetamunya” cuba berdolak dalik dan cuba berjuhah serta mempertikaikan 

3.10 Kami seterusnya meminta buku pendaftaran peserta program tersebut untuk memeriksa kehadhiran orang islam di majlis tersebut. Pada awalnya mereka memaklumkan bahawa program tersebut tidak dihadhiri oleh orang beragama Islam.

tentatif jais gereja (Eksklusif) Laporan Penuh Jais Berhubung Serbuan Gereja
Nak baca lagi? Haaa sila la KLIK SINI ! Tak larat eden nak kopipes semua. Huehuehue . Semoga mereka semua diberi hidayah oleh Allah S.W.T.


Assalamualaikum and selamat hari raya aidilfitri :)

No comments: