Friday, July 29, 2011

Sambal udang petai

Hye peeps

Wah. Rindu nyaaaaaaa kat blog ni. Err ada lagi ke pengunjung blog ni? Harap-harap ada la ye.. Sorry, being busy bila berkerjaya ni. Oke tanpa membuang masa, hari ni i nak bagi resepi sambal udang petai.

Haha. Tak tahan betol, update je terus cakap pasal makanan ye. Hikhik.

Lets cekidaut ;)


Err. Nampak tak menyelerakan bukan?  Tapi sedap. Kui3

Bahan-bahan

Udang 4-5 ekor (lagi banyak lagi sodap)
Isi ayam dipotong kecik (suka-suki je nak tambah ke tak)
2 Papan petai
Belacan + garam + gula ( sesedap rasa ye)
Cili kering yang telah dimesin halus
Bawang putih
Minyak

Cara-cara

1) Panaskan minyak kemudian tumiskan cili kering dan bawang putih. Agak-agak dah kuning dan berbau harum, sila masukkan isi ayam dan udang.

2) Masukkan belacan + garam + gula secukup rasa. Owh ye, saya ni pemasin orangnya, so saya lebihkan garam. haha. Sedap kot masin. I like..

3) Then masukkan petai. Lepas tu kacau sampai masak. Lepas tu hidang

P/S: saya sukakan kentang, so saya masukkan kentang. Before that, kena la rebus kentang sampai empuk dulu ye. Lepas tu baru gaulkan bersama acuan tersebut. Ce tengok, bersepah ubi kentang dalam masakan saya tuuuuuu. Hikhik

SELAMAT MENCUBA !

Oke la ye. Till then. Papai :D

2 comments:

reenapple said...

pergh... best ooooo... masak di tempat kerja ka???kehk keh

Lieyda said...

yepp yepp hehe