Monday, May 23, 2011

Sukan pelik dunia

1.Sukan mendukung isteri


Pertama kali diperkenalkan di Findland , memerlukan si suami mendukung isterinya dengan cara terbalik dan terpaksa melalui pelbagai halangan yang sukar.


Pemenang dipilih berdasarkan pasangan mana yang sama ke garisan penamat terlebih dahulu. Menariknya sukan ini ialah ia boleh mengeratkan hubungan suami isteri tetapi awas, jika tersalah langkah boleh mengakibatkan maut.


2.Hoki air


Sepertimana hoki biasa namun ia dimainkan lengkap dengan peralatan menyelam dan perlu mengejar dan merebut bola leper.


Jaringan dikira apabila bola berkenaan menyentuh dinding pasukan lawan yang dimainkan 6 orang bagi setiap pasukan. Bayangkan pasti jenuh pemain tersebut untuk menggerakkan bola di dalam air apatah lagi menjaringkannya.


3.Melempar telefon bimbit


Sukan ini diiktiraf sebagai sukan antarabangsa di Findland dan bermula sejak tahun 2000. Sukan ini berkembang dengan pantas dan mula mendapat perhatian di negara-negara Eropah serta AS.


Juara dikira melalui balingan yang paling jauh serta kreativiti balingan. Setakat ini rekod balingan paling jauh dicatat oleh Chris Hughff dengan jarak 95.83meter pada Ogos 2007.


4. Buzkashi


Sukan ini dimainkan seperti bola sepak tetapi pasukan perlu dilengkapkan kuda seperti pasukan polo. Namun yang peliknya sukan ini kerana apa yang direbutkan ialah bangkai anak lembu.


Bangkai anak lembu terbabit akan direbut dan dilontar masuk kedalam gawang gol yang turut dijaga oleh seorang penjaga gol.


Sukan ini banyak dimainkan di Afghanistan namun yang sedihnya bangkai anak lembu pula dijadikan seperti barang permainan serta dibaling ke sana ke sini seperti bola. Peliknya dunia!

8 comments:

cantekk said...

sukan nomo 1 patut dibuat ttiap tahun la,,, bg erat skit...
ini tak, ttiap kali ada je kes cerai berai, laki dera bini, bini dera laki

Lieyda said...

haha ye tak ye jgk.tp sukan ni bhya

apik pehe said...

kalo bleh..nk tekan like untuk no 1..hehehe

ArELeEz said...

sukan #1: i like..! ahaks3..
sukan #2: sound nonsence!
sukan #3: sayang, noks..! hu3..
sukan #4: eii yarrkkhh..! disgusti', dowh..!

p/s: eh! endin' bhoothnath dah dipublish. sila la jenguk! ;P

msredcheesecake said...

CIK LIEYDA,
BALING HP?HP SAPE?USOP WILCHA? TAK SAYANG HP KE?HHEEE

Cik Cempaka said...

ade gak eh sukan dukong isteri tu...

Lieyda said...

apik: haha. nt blo apik nkoh gk leh la wt g2 ko bni apik.hehe

areleez: oke dear :)

Lieyda said...

cempaka: haha. ada la tu

msredcheese:eh msti la syg.bkn beli ngn daun kayu.haha