Thursday, May 26, 2011

Andai Lelaki tahu....


Segalanya tentang chenta :)


#Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu  tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

#Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan  untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


#Andainya lelaki tahu..Apabila  seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya  tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan  menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada  seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

#Andainya  lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah  bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya  dengan lebih dekat.



#Andai lelaki  tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi  degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar  dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai  kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya  dalam masa sesaat.


#Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia  rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan,  bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.



3 comments:

ReEnaPpLe said...

andai wanita tahu??? haaa... ceciter..kikiki

POSH76 said...

blogwalking

Lieyda said...

reen: tu mu la plak wt entry tuu.haha

posh: i'll visit u soon :)