Thursday, April 14, 2011

Tips untuk menghilangkan bau petai!

Pernah tak meghadapi masalah bau petai yang kelat dan pekat ni? Hahaha... Memang menjadi masalah ok! Kalau kat rumah sendiri takpelah, mak bapak semua makan, bayangkan kalau duduk rumah sewa ke, tumpang kencing kat rumah kawan ke, konfem-konfem kantoi korang peminat petai tegar! Hahaha.... Sekali lagi, aku tak salahkan korang ok, petai memang sedap! Sekali makan, sepapan pun tak cukup tau!



Erm.Yummy! Yummy!

Tapi sekarang jangan risau, aku nak kongsi satu petua macam mana nak hilangkan bau petai, atau lebih tepat lagi, bila korang kencing, kencing korang takkan ada bau petai lagi! Walaupun korang makan selori petai, kencing korang tetap tidak berubah baunya! (muntah sekarang). Nak tahu ke? Hahaha... Simple sahaja petua kali ni! Hmm.... yang pasti sangat berkesan ok! Takda tipu punya!


Sebelum dan selepas korang melantak petai, sila minum dalam tiga empat teguk susu segar ok!

Susu segar yang aku maksudkan disini adalah susu lembu ke, kambing ke, unta ke, malah susu cap gantung yang ITU pun boleh! Hahahaha....  Itu sahaja, simplekan. InsyaAllah berkesan... Setakat ini aku dah amalkan, dan tak pernah mengecewakan! Hahaha.. Apa kata korang plak cuba! Ok? bagitau aku kesannya! Hahaha.

P/S: More info,press here Hairul hasraf


4 comments:

アヌム ちゃん~~ said...

nampak sgt sedap udang tuuu..huhuu

Lieyda said...

hahaha.try la buat sambal udang petai

ReenAppLe said...

dan aku tak pernah makan petai... so takde hal kencing bau petai... walalalalala... hik3
[>.<]

Lieyda said...

Larh.ruginya,petai cicah budu sgt la best