Friday, April 8, 2011

Antara Soalan Bodoh Yang Kerap Ditanya

1) Anda berader di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya: “Tunggu bas ke?” Anda harus menjawab: “Taklah aku tengah tunggu helikopter, lambat plak ari nie ye”


2) Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya: “Ko nak mandi ke?” Jawab : “Taklah aku nak pi main lelayang kejap, ko nak join?   

 
3) Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur: “Aik? tulis surat nampak?” Jawab :”Oh ye ke? aku tak prasan ah…tangan aku bergerak sendiri”   

 
4) Anda sedang makan nasik dan orang tegur: “Makan nasik?” Jawab : ” Mata ko buta ke per? Kan aku tengah minum teh ais nie?”   

5) Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer: “Baru balik dari keje?” Jawab : “Taklah, saya dari rumah, nak pi keje lah nie…opis saya dah pindah kat rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis”   

6) Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur: “Eh kau sibuk ke?” Jawab : Takyah jawab, peratikan muker dia pastu kompang siket pipi dia.   

7) Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer: “Eh citer melayu ke?” Jawab : “Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro menentang Raksaser dari Planet X…ko tunggu jap nanti otromen kuar”.   

8) Anda hendak tidur dan rakan anda datang lalu bertanyer:  “Nak tidur ke?” Jawab : “Taklah, nak gi joging ni.. nak ikut ke?” 



No comments: