Tuesday, February 15, 2011

Jiwa kacau..

Salam and selamat malam semua...

Hari ni aku habiskan duit lagi.Belanja ikut suka hati je,macam la aku ni anak orang kaya kan..Memang tak sedar diri langsung la kan.Haishh..Bila tengok member beli baju,aku nak beli jugak,bila tengok diorang beli shawl.aku beli jugak,habis macam mana nak save duit??

Tadi pergi wakaf che yeh lagi.At the first,memang niat tak nak beli apa-apa pun,nak berjimat lah konon.Duit yang aku cucuk rm100 tadi dah hampir habis kot.Minyak kereta rm20,lepas tu makan KFC,hari ni tak makan Mcdonald ye..Lepas tu pergi wakaf che yeh.Bila dah sampai sana,paham-paham la kan,baju cam cantek-cantek je,shawl pun lawa-lawa je,rambang mata aku noo..

Kalau setakat rambang mata takpe,ni tak,sekali rambang mata,dengan duit2 aku sekali habes.Gilakk laaa!Dalam masa 2minggu ni,dah 5 pasang baju aku beli and sehelai shawl,bayangkan berapa banyak duit aku habes..Tu tak termasuk dengan duit minyak lagi.Memang jeng la kepala.uhhh..Tapi bukan ni yang aku nak cerita sebenarnya..Ada 1 kisah sedih :(

***********

Petang tadi aku dapat call from my dad,masa tu aku tengah tido lagi,*pukul 6 ptg*,biasa lah,penat sangat kan,tido sampai terlajak waktu la.HEHE..Masa tengah mamai tuh,my dad tanya esok ada kelas ke,tak nak balik rumah ke..Masa tu aku ingatkan abah suruh hantar kereta *aku bawak kereta for these 2 weeks* so aku cakapla,tak balik kot.Then my dad asked me to go to hospital because my grandpa masuk wad.Macam biasa la,sakit jantung..

Aku pikir sakit jantung biasa-biasa je sebab memang my grandpa selalu masuk hospital tapi bila my dad cakap my grandpa unconcious,tiba-tiba aku rasa kalut.Lepas tu aku ajak housemates aku,Ain,Maziah,Nana and Seri to accompany me.Lots of thanks to them sebab teman aku pergi hospital..

Dipendekkan cerita,masa tu aku sampai kat hospital pada pukul8 ++.Aku call my dad sebab nak tanya mana wad datuk aku tu kan *my mom n dad kat melaka actually* but he asked me to go back home because masa untuk melawat dah habes so the guards there not allow anyone to be at the ward for that moments.Tapi dari Machang aku datang,takkan nak balik without seeing my gradpa rite?So aku pergi merayu kat guards tuh supaya aku boleh melawat datuk aku tuh..

And thanks god,aku dapat masuk.Tapi aku masuk dengan maziah je sebab yang lain pergi solat *aku n maziah ehem ehem,paham2 la ye * and memang guard tak benarkan orang masuk beramai-ramai..Mula-mula aku rasa macam biasa je tapi bila tengok keadaan datuk aku tu,ya allah,sedih gila.Memang aku nanges masa tu jugak.Paling aku tak tahan,masa nurse masukkan ubat thru his nose,memang seksa sangat masa tuDatuk aku nanges,maybe sebab sakit kot.Dahla pakai oksigen,bila nurse 2 buang oksigen tu,datuk aku tu dah nyawa-nyawa ikan.My uncle ajar datuk aku mengucap.Sedih.Cuba korang bayangkan perasaan aku macam mana..

Aku tak tahan tengok keadaan dia,sekejap je aku kat dalam wad tu sebab my uncle suruh aku keluar,dia cakap nanti dau stress sebab ramai melawat dia.Bila je aku keluar dari wad tu,memang aku nanges tak ingat dunia.Memang sikit pun aku tak kesah orang pandang aku tadi..Aku risau.Aku bimbang.And aku takut..Takut sangat.Ya Allah,Kau panjangkan lah umur datuk ku..AMIN :(


1 comment:

A.s.t.i.n.a said...

Saya doakan Datuk tenang.. tidak merasa segala azab sakit.. moga sembuh..